JAWATANKUASA PENTADBIRAN PSS
3.1
JAWATANKUASA INDUK PSS
3.1.1
Struktur Organisasi
Pengerusi : Guru Besar
N. Pengerusi :
GPK 1
Setiausaha : Guru Media
AJK : Ketua-ketua
Panitia Matapelajaran
Guru Perpustakaan
Guru BBM
Guru SAL
Guru Bilik Tayangan
Guru Komputer
Guru Projek Nilam
PIBG
3.1.2
Tugas-tugas Jawatankuasa Induk
Pusat Sumber Sekolah hendaklah
dikawal oleh sebuah badan yang disebut Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber
Sekolah.
Tugas-tugas jawatankuasa ini
ialah:
-
Menentukan matlamat, objektif dan polisi Pusat Sumber Sekolah
-
Mengkaji dan meluluskan program-program media yang dicadangkan
-
Meluluskan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan
program-program media
-
Mengkaji laporan penggal tentang kemajuan Pusat sumber Sekolah.
3.2
JAWATANKUASA KERJA
3.2.1
Struktur Organisasi
Pengerusi : Guru Besar
N. Pengerusi : GPK 1
Setiausaha : Guru
Penyelaras Perpustakaan
AJK : Guru Perpustakaan
Guru
Nilam
Guru
Bank Soalan
Guru
Audio-Visual/ Multimedia
Guru BBM
Guru
Komputer
Guru
SAL
Pengawas
Pusat Sumber
3.2.2
Tugas Jawatankuasa Kerja
-
Menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan di Pusat Sumber Sekolah
-
Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan
-
Mengemukakan laporan kemajuan Pusat Sumber Sekolah kepada Jawatankuasa
Tadbir (Induk)
3.2.3
Tugas Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
-
Menyelaras semua program media yang dirancang dan dilaksanakan
-
Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Pusat Sumber Sekolah
-
Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan
-
Menggalakkan guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakan Pusat Sumber
Sekolah
-
Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat
Sumber Sekolah
-
Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi
kerajaan dan swasta berhubung dengan urusan Pusat Sumber Sekolah
-
Menyediakan laporan
3.2.4
Tugas-Tugas Guru Perpustakaan
-
Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan perpustakaan.
-
Melatih dan menyelia kerani dan pengawas Pusat Sumber.
-
Menjamin perjalanan perpustakaan berjalan dengan baik.
-
Merancang aktiviti perpustakaan
-
Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan
-
Menyimpan rekod perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan
-
Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya
-
Memperolehi dan menyemak maklumat-maklumat mengenai bahan-bahan baru dan
terkini untuk koleksi perpustakaan
-
Menyemak stok pada akhir tahun
3.2.5
Tugas Guru Bilik Audio-Visual/Multimedia
-
Merancang anggaran belanjawan tahunan unit tayangan
-
Mempamer serta mengedarkan bahan-bahan sokongan perkhidmatan tayangan
seperti jadual waktu siaran dan jadual tajuk rancangan
-
Menyediakan jadual penggunaan Bilik Audio-Visual
-
Membina koleksi pita-pita video rancangan TV Pendidikan
-
Menyediakan buku-buku Rekod Penggunaan Bilik Audio-Visual
-
Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan perkakasan tayangan kepada
sekolah dengan segera
-
Memastikan kebersihan dan keceriaan Bilik Audio-Visual sepanjang masa
3.2.6
Tugas Guru Alat Pandang Dengar/Bahan Bantu Mengajar
-
Merancang anggaran belanjawan tahunan perkhidmatan alat pandang
dengar/alat bantu mengajar untuk pusat sumber sekolah
-
Mencatatkan semua bekalan atau hardware dan software yang dibeli ke
dalam buku stok alat pandang dengar
-
Mengelas dan mengkatalog semua bahan untuk pengetahuan guru-guru.
-
Mengadakan perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan
penggunaan alat pandang dengar/alat bantu mengajar untuk guru-guru dan
pelajar-pelajar.
-
Mewujudkan sistem pinjaman alat dan bahan secara berkesan.
-
Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan bahan hardware dan
software kepada penyelaras PSS supaya dapat dibaikpulih atau diganti dengan
segera.
3.2.7
Tugas Kerani/Pembantu PSS(Not Avalaible)
-
Bertanggungjawab kepada Penyelaras dan guru-guru PSS
-
Membantu guru PSS mengurus perkhidmatan pinjaman dan menyimpan
rekod-rekod yang bersabit dengan PSS
-
Membantu guru-guru dalam urusan memesan dan menerima buku-buku dan bahan
- bahan lain.
-
Membantu mengkelas dan mengkatalog buku-buku/bukan buku.
-
Membantu memproses buku/bukan buku untuk pinjaman dan penggunaan PSS.
-
Menyusun, menyemak dan membaikpulih buku-buku yang rosak.
-
Mengawal disiplin pelajar-pelajar semasa berada dalam PSS.
3.2.8
Tugas-tugas Pengawas Pusat Sumber
-
Membantu membuat kerja-kerja pengkelasan, katalog dan susunan alat/bahan
-
Membantu dalam menerbitkan bahan-bahan pengajaran.
-
Membantu guru dalam membaiki dan mengubahsuai alat/perabot.
-
Membantu guru PSS dalam kerja-kerja memproses buku-buku.
-
Membantu guru PSS mengemaskinikan stok bahan cetak dan bukan cetak.
-
Membantu guru mengurus pinjaman/pemulangan buku.
-
Menggunting akhbar/majalah yang telah dipilih oleh guru PSS untuk tujuan
fail tegak.
-
Membantu guru PSS mengendalikan aktiviti PSS.
No comments:
Post a Comment